Perihal diri seorang Alia -
Tepat jam 10:45 malam, Januari ke-5, 21 tahun yang lalu, dunia menyambut kedatangan seorang lagi hamba Tuhan sebagai khalifahNya, untuk diuji. Seiring itu, anak kecil itu dinamakan "ALIA" yang membawa erti ketinggian, tanpa nama lain sebagai nama kedua. Ketika ditanya perihal namanya, ibunya senang menjawab "Senang laki awak nak akad nanti". Lucu. Dilayan saja seperti biasa. Dibesarkan sebagai anak ketiga dari 6 bersaudara dalam keluarga sederhana dan berlatar belakangkan sekolah agama, masyarakat yang tidak mengenali dirinya kebiasaannya akan menganggap dia berbeza dari yang lainnya. Dia membesar dalam kelompok kecil, kawan-kawannya tidak ramai, boleh dibilang dengan jari sejujurnya. Dia selesa begitu. Alia, saat dia masih muda selesa dengan sikapnya yang lantang berkata-kata. Namun, tidaklah lama. Saat melangkah ke dunia menara gading, dia lebih suka menyendiri. Masih cuba diciptanya kelompok kecil di tempat baru. Jika ditanya kenapa dia berubah begitu ketara, selalu jawabnya, "Perubahan berlaku, kerana aku hidup", ringkas. Yang disimpan sebaliknya, hanya dia dan Tuhan yang tahu. Menceburi bidang yang agak asing dan terpencil, gadis ini terjun ke dalam dunia psikologi sendiri, untuk menemui dunia yang baru. Alasan utamanya saat ditanya, tetap "Aku cuba tolong diri sendiri".
Minat & Kebolehan -
Secara umumnya, minatnya agak luas. Dia terutama mencintai hasil karya sasterawan negara A Samad Said dan seangkatannya, almarhum HAMKA. Hasil karya 'underground' menjadi antara pengisi ruangan rak-rak bukunya seperti karya-karya 'Kitab Terfaktab'. Secara logiknya, sesiapa sahaja yang gembar membaca, akan akhirnya terjebak dengan dunia penulisan.. dan dia tidak terkecuali. Namun hasilnya tiada siapa terokai. Dia simpan rapi, sendiri. Katanya ianya lahir dari penelitian sendiri, apa yang dilalui dan bukan untuk dikongsi. Tunggulah, mungkin suatu saat nanti, tika hatinya terbuka untuk memberi. Dia sangat cinta akan bau buku-buku berusia.
Dia juga minat berfotografi, tapi sungguh 'benci' tika dirinya yang dipotret. Oleh itu, masanya lebih banyak diluang di sebalik kaca lensa.
Paling 'aneh' tentang dirinya, dia paling cinta akan dunia aviasi. Sebelum 'tersekat' di dunia ini, pernah dipertimbangkan dulu untuk terbang merentas awan sendiri. Pernah dicita dulu akan menjadi antara wanita yang akan 'membunuh' pemikiran manusia tentang wanita muslimah tidak akan mampu untuk terbang merentas awan. Rezeki Tuhan itu benar luas, sekitar beberapa bulan sebelum dia menerjah ke Taman Ilmu dan Budi, UIAM, dia ditawarkan untuk terbang kembali dalam kumpulan kecil oleh bapanya.
Sumbangan -
Taman Ilmu dan Budi banyak menawarkannya peluang untuk kembali berkhidmat untuk masyarakat. Dia kini bergerak aktif bersama sekumpulan mahasiswa di bawah kelab kecil bernama JKQ (Jamiyyatul Khadamatil Quran) mengajar anak-anak kecil membaca al-quran, termasuklah meluangkan masa berkualiti bersama mereka dengan aktiviti yang berkaitannya. Anak-anak yang terlibat termasuklah dari anak-anak Rohingya yang tinggal di kawasan Greenwood, tidak jauh dari tempatnya. Selain itu, dia sangat suka menyertai gerak kerja program-program kecil yang diadakan di tempatnya itu.
Terlalu banyak untuk diceritakan, tapi inilah sedikit sebanyak ringkasan cerita perjalanannya. Perjalanannya masih jauh dan panjang, InshaaAllah.
Tiada apa yang diharapkan melainkan perjalannya diredhai Tuhan.
Seperti yang dia kata tadi, 'dia' adalah aku.
Wallahu'alam.

Comments
Post a Comment